Isu mengenai sindiket pengemis ini, bukan saja melibatkan
warga tempatan,malah juga melibatkan pendatang asing. Bermacam-macam usaha
dilakukan oleh pihak berkuasa agar isu ini dapat dibenteras. Berdasarkan
pemerhatian saya, isu ini dilihat semakin menjadi-jadi lenteran dari sikap
warga Malaysia yang amat pemurah. Hal ini dapat dilihat dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan seperti dalam Harian Metro .
Memang tidak salah jika kita ingin
menderma,tetapi seharusnya kita haruslah menyelidik sebelum menderma. Banyak
badan- badan yang berdaftar boleh salurkan derma, seperti rumah-rumah anak-anak
yatim, pusat-pusat kebajikan dan sebagainya.
Sifat pemurah warga Malaysia ini telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu akibat dari sifat tamak haloba dan jalan pintas untuk hidup senang.
sekadar gambar hiasan...
Siapa yang mampu menahan rasa kasihan melihat mereka meminta wang, lebih-lebih lagi jika melibatkan warga emas dan kanak-kanak kecil. Pasti cepat sahaja tangan kita menyeluk kocek seluar mencari wang kecil. Akan tetapi, haruslah kita ingat, bukan semua pengemis itu benar-benar susah, ada juga dikalangan mereka 'berlakon" semata-mata ingin menagih simpati.
Pada pendapat saya, jika kita ingin menderma, dermalah di saluran yang betul. Memang benar, 'tangan yang menderma itu lebih baik dari tangan yang meminta', akan tetapi, kita haruslah berwaspada agar kita tidak terjerumus dalam kancah penipu mereka-mereka yang mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain. :) wasalam....
No comments:
Post a Comment
thanks buddy..:)