Followers

Tuesday, 6 November 2012

APA itu BALKANISASI SIBER

BALKANISASI SIBER.... Satu perkataan yang amat jarang kita dengari dalam percakapan seharian kita, tetapi tanpa kita sedar, ia merupakan sesuatu yang selalu kita amalkan tanpa kita sedari. Balkanisasi Siber telah diperkenalkan oleh Cass Sunstein pada tahun 2002 merujuk kepada suatu analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah akibat dari berlainan idealogi dan membentuk koloni masing-masing disamping mampu menggugat dengan bertindk ganas terhadap mereka yang tidak sealiran dengan mereka. Saya dapat memahami denga lebih mendalam makna BALKANISASI SIBER ini selepas membaca mengenai artikel ini di blog Suara Murba : Artikel 3 : BALKANISASI SIBER : GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1 MALAYSIA karya penulisan oleh seorang penulis terkenal iaitu DR.Rahmat Ghazali.

Di dalam penulisan itu, beliau begitu menekankan betapa berkuasanya internet sehingga mampu mempengaruhi pemikiran dan boleh menggugat keamanan negara jika tidak dibendung. Hal ini berlaku kerana tiadanya sekatan atau penapisan yang dapat kita lakukan untuk menapis segala berita yang dicari oleh pengguna seperti yang kita mampu lakukan di dalam penyampaian berita di dalam akhbar dan televisyen. Penulis amat gusar tentang kebebasan internet yang sering disalah gunakan oleh sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab yang menyuntik sentimen kebencian terhadap golongan pemimpin seterusnya memusnahkan sistem demokrasi yang telah kita pertahankan sejak 55 tahun yang lalu.

Penulis merasakan kebebasan yang diberikan cukup bermanfaat jika digunakan secara berhemah dan perlu sentiasa dipantau agar tidak disalah gunakan. Sebagaimana hasrat kerajaan yang menitik beratkan penambahan maklumat ilmu dan idea yag boleh meningkatkan lagi intelek rakyat Malaysia agar seiring menyaingi bangsa lain untuk terus maju. 

Terdapat banyak enjin carian seperti 'google', 'yahoo' 'bleko', 'bing' dan sebagainya yang boleh digunakan oleh  pengguna untuk memperoleh apa yang dicari. 'Dunia di hujung jari', itu yang kita oleh umpamakan. Taip sahaja apa yang ingin dicari, sepantas kilat bermacam-macam artikel dan berita dapat kita peroleh. Contohnya, apabila kita mencari mengenai artis 'Neelofa', terdapat  635,000 keputusan dalam masa 0.26 saat. Di dalam 635,000 artikel dan berita mengenai Neelofa, selain terdapat cerita-cerita positif ada juga terdapat juga cerita negatif.

Ada sesetengah pihak yang cuba menyalah gunakan laman baru ini sebagai medium untuk menyebarkan khabar-khabar angin yang mungkin mampu menggugat keamanan yang sedia ada demi mendapatkan simpati dari orang ramai. Akibat ketaksuban yang melampau atas sesuatu perkara sehingga mampu melahirkan pengikut-pengikut yang mempunyai minat dan idealogi yang sama.

Ramai yang tidak menyedari akibat ketaksuban yang melampau dan menerima sesuatu yang ditulis sebulat-bulatnya mampu menggoncang keamanan yang sedia ada. Oleh kerana itulah, pentingnya kesedaran untuk menyiasat sesuatu berita yang diterima itu sebelum mempercayainya. Hal ini berlaku kerana tidak semua penulis yang menulis di laman baru ini mempunyai etika kewartawanan dan sikap bertanggungjawab terhadap sesuatu yang telah mereka tulis. Oleh itu, fikir-fikirkanlah sebelum anda mempercayai apa yang anda baca.
wasalam.

No comments:

Post a Comment

thanks buddy..:)